Posts

Bercuti di Tabin Wildlife Reserve

Image
Tabin Wildlife terletak di Lahad Datu Sabah. Sekian lama menyimpan angan-angan untuk menjejakkan kaki ke sana, alhamdulillah akhirnya berjaya juga sampai. Menikmati kehidupan alam semula jadi di Sabah sangat mengujakan.Keluasan hutan simpannya sangat luas kira-kira 300,000 ekar. Hutan simpan Tabin ini menyimpan 3 jenis spesis haiwan mamalia yang paling besar di Sabah iaitu Borneo Pygmy Elephant, Sumatran Rhinoceros dan Tembadau. Selain itu hampir 300 spesis burung dan haiwan-haiwan lain mendiami hutan simpan ini.    Percutian di sini sangat menyeronokan bagi pencinta alam semula jadi. Anda boleh melihat kepelbagaian habitat haiwan dan kehidupan haiwan-haiwan secara semula jadi. Jauh bezanya jika dibandingkan dengan haiwan yang berada di zoo. Melihat haiwan menjalani kehidupan secara 'wildlife' menunjukkan kepada kita bahawa tidak semua haiwan-haiwan yang terdapat di dalam hutan ini kita dapat melihatnya apabila pergi ke sana. Kehidupan haiwan-haiwan ini be...